Demokrasi bermaksud Kekuatan Diri yang
berasal daripada Bahasa Yunani . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan
berlainan iaitu ‘Demos’ bermaksud rakyat dan ‘Kratos’ bermaksud kekuasaan .
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang ditentukan oleh rakyat .Pemerintahan
yang mengariskan bahawa kekuasaan berada di tangan rakyat kerana rakyat
mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah neara.
Dalam sistem demokrasi ini undang undang digubal sama ada oleh rakyat atau
wakil yang dipilih oleh rakyat iaiti melalui perwakilan untuk bersuara di Dewan
Rakyat dan Dewan Negara.Sebuah Negara atau Kerajaan yang mengamalkan sistem
demokrasi dipanggil negara atau kerajaan demokratik . Pendekata , sebuah negara
yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan
rakyat dan Malaysia merupakan sebah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen
diaplikasikan. Demokrasi melambangkan kesejagat , persaingan untuk jawatan ,
kebebasan bersuara dan akhbar , dan kedaulatan undang undang.
MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pemerintahan yang dijalankan secara
perwakilan dikatakan Demokrasi Berparlimen . Pemerintahan yang dijalankan
secara perwakilan ini bermaksud, rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara , manakala raja raja menjadilambang taat setia
rakyat.Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri
.Terdapat juga beberapa nama yang diberikan untuk mengambarkan bentuk pemerintahan
sesebuah negara seperti sosialis , demokrasi , monarki dan lain lain Dalam
sistem berkenaan itu tedapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan
rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerinahan negara. Sementara itu terdapat
juga pemerintahan yang tidak memberi runag kepada rakyat untuk terlibat dalam
urusan pemerintahan negara .Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada
proses pilihan raya .Dalam proses pilihan raya , rakyat diberi mandat untuk
memeilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan
mewakili mereka dan pemimpin inilah yang aka menjadi wakil rakyat di Parlimen .
Sistem Demokrasi Berparlimen ini diamalkan sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan . Sistem ini dipupuk dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara.
Rakyat menikmati keamana dan kemajuan dalam bidang sosial ,politik , ekonomi
dan sebagainya sehingga hari ini disebabkan oleh sistem Demokrasi Berparlimen
ini dipupuk dan dipelihara .
FAEDAH DARIPADA PENGALAMAN SISTEM
DEMIKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA
PILIHAN RAYA
Definisi Pilihan Raya
Pilihan Raya adalah mekanisme
utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikan di sesebuah negara.
Pilihan raya adalah satu mekanisme utama memberi peluang kepada rakyat
melaksanakan hak demokratikya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di
peringkat persekutuan ataupun negeri. Piliha raya boleh dijalankan dalam mana
mana organisasi sama ada swasta atau syarikat .Secara umum , pilihan raya
adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di
peringkat negeri mahupun persekutuan .
Sejarah Pilihan Raya Di Malaysia
Pada 27 Julai 1955 , Pilihan Raya
Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan .Antar parti yang
mengambil bahagian dalam pilihan ini adalah;1 Parti Perikatan yang terdiri
daripada UMNO , MCA dan MIC . PERIKATAN bertanding di kesemua 52 kerusi ,
seorang bagi tiap tiap kawasan pilihan raya ;2 Parti Negara pemimpi Datuk Onn
mengemukakan 33 orang calon; 3 Parti Islam SE-Tanah Melayu (PAS) dengan 11orang
calon ; 4 Parti parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya in ialah
Parti Buruh , Parti Kemajuan Perak , Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan
Melayu . Rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui setiap lima
tahun sekali.Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil wakil Parlimen
untuk menerajui pemerintahan Negara dan memilih wakil wakil Dewan Undangan
Negeri untuk mengetuai kerajaan negeri
PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Undang-undang dan peraturan pilihan raya.Bagi
melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah
digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah.
Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-
-
Perlembagaan Persekutuan.
-
Perlembagaan Negeri.
-
Akta Pilihan Raya 1958 (Akta
19).
-
Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 (Akta 5).
-
Peraturan-peraturan (Penjalanan
Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
-
Peraturan-peraturan
(Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
-
Peraturan-peraturan (Pengundian
Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan
peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan
raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun
tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi
memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta
Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan
Dalam Negeri, 1960.
Elemen-elemen penting pilihan raya
Elemen-elemen penting pilihan raya
adalah:-
Bahagian Pilihan Raya.
-
Pemilih.
-
Calon.
-
Proses Pilihan Raya.
Bilangan bahagian pilihan raya
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan
di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu
bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan
Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat
(Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Persempadanan semula bahagian pilihan raya
Sebagai sebahagian daripada fungsi
utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk
mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri.
Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan
Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun.
Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti
pilihan raya umum.
Pendaftaran pemilih
Satu elemen penting dalam sistem pilihan
raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan
Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-
-
warganegara Malaysia
-
berumur tidak kurang daripada
21 tahun pada tarikh kelayakan;
-
seorang penduduk di mana-mana
bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
-
tidak hilang kelayakan.
Hilang kelayakan
-
pada tarikh kelayakan, ditahan
kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
-
sebelum tarikh kelayakan, telah
didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan
masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
-
telah didapati bersalah di
bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
-
telah memperoleh kerakyatan
asing.
Semakan daftar pemilih
Semakan daftar pemilih dijalankan di
sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Pengundi
boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat
Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak
Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia
dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas
mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih
untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan.
Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan
yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada
daftar berkenaan.
Kelayakan calon
warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini;
-
berumur tidak kurang daripada
21 tahun pada hari penamaan calon; dan
-
tinggal di Negeri di mana dia
akan bertanding.
Seseorang calon hilang kelayakan jika
dia:-
-
didapati seorang bankrap; atau
-
memegang jawatan berkepentingan
'office of profit'; atau
-
gagal mengemukakan laporan
perbelanjaan pilihan raya; atau
-
telah didapati bersalah oleh
mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang
dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat
pengampunan; atau
-
telah memperoleh
kewarganegaraan asing.
Tempoh pilihan raya
Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan
Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di
dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya
Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam
tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan
jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang
kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh
Suruhanjaya.
Proses pilihan raya
Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil
bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan,
menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.
Hari penamaan calon
Hari penamaan calon merujuk kepada hari
yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon
mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada
Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon,
pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas
penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada
hari penamaan.
Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan
dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di
mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan
mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.
Pertaruhan
Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi
Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai
Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit
sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan
pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.
Penggunaan simbol
Seseorang
calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika
dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon
bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.
KEMPEN
Kempen poster
Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab
kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan
kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan
peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan
raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan
jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan
raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau
ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan
pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan
raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan
petugas-petugas parti.
Hari mengundi
Sekolah lazim dijadikan pusat mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari
pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas
12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun
demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00
petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak
digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu
membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya
biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang
perkara-perkara pilihan raya seperti:-
-
tarikh mengundi
-
lokasi tempat mengundi
-
waktu mengundi di semua tempat
mengundi
-
lokasi pusat pengiraan dan
penjumlahan undi.
Di petak mengundi, pengundi dikehendaki
membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi.
Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada
lajur calon yang dipilih sahaja