Islam adalah sebagai Ad-Din yang
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya ialah akidah,
amalan-amalan dan hukum-hukum berhubung dengan rohani dan jasmani, individu dan
masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan di akhirat.
Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan
kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah :
v Islam
bermaksud tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaati-Nya:
Sesungguhnya bukti ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima agamaNya
dan diikuti pula dengan penuh kesedaran. Islam menurut pengertian ini adalah
merupakan agama yang diredhai Allah dan merupakan agama yang diwahyukan kepada
para rasul untuk disampaikan kepada manusia.
v Islam
adalah peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia
serta menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada
Allah SWT.
v Islam
adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulnya yang
terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk akidah, akhlak,
muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Islam
adalah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang terkandung
didalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan, akidah, amalan dan hukum yang
disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.
v Islam
dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman
didalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada
penganutnya. Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan
cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi,
memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada
sesiapa yang melaluinya.
Sejarah
Agama Islam
Seperti yang kita tahu Islam juga mempunyai sejarah. Adalah anggapan
umum Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke 10 di Terengganu yang
merupakan negeri Melayu pertama yang menerima Islam. Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat
Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut
bertarih 1301 M. Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah 1 (abad ke
12) dari Kedah telah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja melayu pertama
yang diketahui untuk berbuat demikian. Pemelukan
Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara
menjadi peristiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah
Melayu. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang
puteri dari Pasai. Tudung pula merupakan
satu pengenalan yang agak baru dan tidak ketara sehingga kebangkitan Islam diseluruh dunia pada dekad 1980an.
Penduduk
Beragama Islam
Menurut bancian 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi
Malaysia mengamalkan Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus agama Kristian,
6 peratus Hinduisme dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional
Cina yang lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain termasuk animism,
sikhisme dan Baha’i. Muslim Malaysia primernya Melayu walaupun terdapat
kebanyakannya bilangan India dan Muslim, Pakistan dan bilangan yang semakin
bertambah dan etnik mualaf Cina. Sebilangan Muslim muda, terutamanya dibesarkan
dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim separa mengamal.
Mereka yang madatori dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak
mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.
Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil
agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan
bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung.
Kebudayaan
Islam ialah pusat dan mendominasi
dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai
asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi,
terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis,
Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian
daripada identitiMelayu sehingga adat istiadat Islam telah diasimilasikan dengan
budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering
ditukar ganti. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari raya yang penting bagi orang
Islam di Malaysia.
Mazhab
Syafie
Mazhab Syafi’i merupakan salah satu
cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Masjid sudah
menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara laungan azan
dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan
institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi
menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat berjemaah di
masjid-masjid. Di sesetengah negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu
dan bukan Sabtu dan Ahad sebagi hari cuti umum.
Undang-Undang
Dan Politik
Dalam undang-undang dan politik
seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu semestinya beragama
Islam, tidak kira apa warisan etniknya, jika tidak mereka bukan Melayu dari
segi undang-undang.
Ilmuan Islam Perlu
Memahami Prinsip-Prinsip Islam Dan Perkembangan Sosio-Ekonomi Semasa
Islam menganjurkan pengabdian
manusia sepenuhnya kepada kehendak Allah s.w.t. Manusia dengan itu dimestikan
mencorak kehidupan sosio-ekonomi, bermasyarakat dan bernegara mengikut kehendak
tauhid. Pengabdian kepada Allah SWT dalam urusan sosio-ekonomi bertujuan untuk
membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan
bermasyarakat.
Tauhid
menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi hendaklah mengarah kepada wujudnya
suasana al-Adl wal Ihsan (keadilan dan kasih sayang). Allah SWT berfirman
dengan maksud:
·
"Sesungguhnya
Allah menyuruh berbuat adil dan kebajikan, memberi pertolongan kepada manusia,
serta melarang dari berbuat yang keji, pekerjaan yang mungkar dan kezaliman.
Dia memberi kamu pengajaran, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan".
(An-Nahl: 90)
Prinsip al-Adl
wal Ihsan ini menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi dalam sesebuah negara
mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan dan muafakat ekonomi dalam
negara. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem
sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.
Dari asas
falsafah tauhid, beberapa prinsip umum dapat dirumuskan untuk dijadikan panduan
dalam menjalani aktiviti sosio-ekonomi:
1.
Prinsip Keadilan
Sosial. Pengendalian ekonomi dan mekanisme dalam mengatur kegiatan ekonomi
mesti dapat menuju ke arah wujudnya keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara
mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara dapat
menyedia keperluan hidup asasi individu melalui pencapaian faktor-faktor
berikut:
·
Pemeliharaan
penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehidupan di
peringkat individu dan masyarakat.
·
Menaikkan taraf daya
fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan
memiliki mutu ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan secara
berkesan dengan keadaan perubahan masa.
·
Memberi kebebasan dan
jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyuarakan
pandangan dalam semangat yang beradat dan bertanggungjawab semoga negara
ditadbir menepati prinsip syura.
·
Memberi jaminan kepada
kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu atau berusaha bersama
dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di
dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal
perlu sentiasa mengalir dalam sistem sosio-ekonomi untuk mencetus peluang
kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat.
·
Negara melalui usahanya
membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi keyakinan dan sikap
optimis kepada masyarakat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus
mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah
sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa.
2.
Prinsip Istikhlaf.
Prinsip ini membicarakan kedudukan manusia daripada kaca mata Islam. Manusia
mengikut Islam adalah pemegang amanah Allah s.w.t. dalam rangka memakmurkan
dunia. Justeru itu, kesemua yang terdapat di dunia ini adalah hak milik Allah
s.w.t. Hatta manusia itu sendiri. Tetapi kesemua mereka dicipta untuk keperluan
manusia. Oleh itu, manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. terhadap apa
yang diusahakan dan dimilikinya. Prinsip ini menggaris peraturan tentang
pemilikan harta persendirian seperti berikut:
·
Pemilikan harta
hendaklah melalui cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
·
Pemilik harta hendaklah
menggunakan hartanya untuk kebajikannya dan juga masyarakat.
·
Harta yang dimiliki
hendaklah dilibatkan dalam kegiatan ekonomi. Pembekuan harta diharamkan oleh
Islam kerana ia menimbul wujudnya ketidakadilan dalam masyarakat.
3.
Prinsip Bekerja.
Prinsip ini menganjurkan kepentingan konsep bekerja dan melibatkan diri dalam
kegiatan sosio-ekonomi. Penglibatan dalam kegiatan sosio-ekonomi adalah ibadah.
Setiap penglibatan hendaklah diberi ganjaran yang setimpal. Adalah menjadi
tanggungjawab pemerintah dan sektor swasta menjamin peluang pekerjaan terdapat
untuk kesemua lapisan rakyat. Oleh itu, ganjaran yang diperolehi melalui
pekerjaan melainkan kepada keadaan yang terkecuali seperti penerimaan harta
pusaka, hadiah dan zakat. Islam mengharamkan riba kerana ia merupakan pendapatan
yang diperolehi tanpa usaha.
·
Pendekatan positif
Islam terhadap konsep kerja akan mengarah masyarakat kepada potensi peningkatan
taraf hidup mereka yang disertai dengan keadilan pengagihan harta dan kekayaan.
4.
Prinsip Keuntungan dan Kerugian. Islam
menjelaskan bahawa setiap penglibatan dalam aktiviti sosio-ekonomi mesti
mengakui bahawa keuntungan dan kerugian adalah perkara lumrah. Bahkan prinsip
ini adalah asas kepada muamalat dalam Islam. Berdasarkan kepada prinsip ini,
mekanisme seperti mudharabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.
·
Prinsip ini ialah untuk
menjamin keadilan terlaksana dalam setiap kegiatan sosio-ekonomi. Tiada
golongan sama ada golongan pemodal ataupun golongan penguasa mendapat tempat
yang istimewa dalam sistem sosio-ekonomi Islam. Kedua-dua golongan memerlukan
di antara satu sama lain dalam membangun ekonomi masyarakat.
·
Prinsip ini mengajar
bahawa kesemua perlu berminat dan menceburi secara langsung kerana tiada
jaminan istimewa pulangan akan dibenarkan dalam sistem Islam.
5.
Prinsip menjauhkan
daripada melakukan kerosakan. Islam menganjurkan bahawa dalam kegiatan
sosio-ekonomi, segala bentuk kerosakan sama ada dalam bentuk keruntuhan akhlak,
kepincangan keluarga dan kerosakan alam persekitaran hendaklah dijauhkan.
Kerosakan kepada diri serta masyarakat tidak sepatut berlaku. Oleh itu,
terdapat perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti penindasan, penipuan,
pencurian, pencemaran alam, pembaziran dan sebagainya tidak berlaku dalam
sistem ekonomi Islam.
Dari prinsip-prinsip umum Islam
tersebut, para pemikir Islam semasa perlu peka menjadi prinsip-prinsip tersebut
sebagai panduan dalam menyusun dan membangun sosio-ekonomi umat Islam semasa.
Ini termasuk dalam pengubalan dasar dan mekanisme ekonomi sesuai dengan
perkembangan sosio-ekonomi semasa. Seorang
tokoh ilmuan Islam, Ibn Khaldun (1332 - 1406M) banyak menyumbang kepada
pemikiran ekonomi pada masa tersebut.
Beliau mengupas dengan mendalam isu
ekonomi dalam masyarakat pada masa itu dengan menyentuh beberapa aspek seperti
nilai, pengagihan buruh, sistem harga, undang-undang berkaitan penawaran dan
permintaan, kepenggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan
penduduk, pembiayaan awam, putaran perniagaan dan sebagainya.
Mengikut pandangan Ibn Khaldun,
faktor kemajuan ekonomi sangat penting ke arah memesti kestabilan politik
sesebuah masyarakat tercapai. Bahkan beliau berpandangan bahawa sejarah maju
mundur sesebuah masyarakat ada pertalian yang rapat dengan pencapaian kemajuan
ekonomi sesebuah masyarakat tersebut.Beliau turut membincangkan tentang
beberapa peringkat bagaimana sesebuah masyarakat perlu lalui dalam mencapai
kemajuan ekonomi. Beliau berpandangan dari perspektif ekonomi-makro, bahawa
pendapatan dan pembiayaan akan seimbang untuk sesebuah bandar dan jika
kedua-dua pendapatan dan pembiayaan adalah besar bandar tersebut akan membangun.
Dalam analisis ekonomi
seterusnya, Ibn Khaldun berpendapat bahawa buruh mempunyai tempat yang istimewa
dalam teori nilai. Pendapatan kepada individu adalah dari usaha tenaga yang
disumbangkan oleh buruh tersebut. Oleh itu pendapatan yang diperolehi oleh
seorang dari sumbangan tenaganya merupakan nilai buruh. Bahkan tanpa sumbangan
tenaga buruh penghasilan produk tidak akan wujud.
Beliau juga
turut merumuskan bahawa permintaan kepada buruh meningkat jika permintaan
kepada sesuatu barangan meningkat. Sektor awam mengikut Ibn Khaldun merupakan
sektor yang utama kepada pasaran buruh.
Ibn Khaldun turut meyakinkan
bahawa jumlah penduduk turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesebuah
negara. Justeru itu setiap penduduk melalui pembahagian pengkhususan bekerja
yang berdasarkan kemahiran masing-masing merupakan penyumbang penting kepada
kemajuan ekonomi.
Walaupun peranan sektor awam
penting kepada sesebuah ekonomi, Ibn Khaldun menganjur kepada campur tangan
sektor awam yang minima dalam urusan ekonomi negara. Walaupun demikian, beliau
berpandangan bahawa sektor awam turut berperanan dalam mengawal kejatuhan
aktiviti perniagaan sektor swasta dan menerus pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Justeru itu dalam usaha memantapkan prestasi sektor swasta, kadar cukai
yang hendak digubal oleh pihak kerajaan perlu teliti semoga semangat
keusahawanan sektor swasta tidak terjejas. Jika semangat keusahawanan sektor
swasta terjejas , keadaan ekonomi akan turut mengalami masalah dan jumlah cukai
yang mampu dipungut oleh kerajaan akan menurun.
Pandangan pemikir seperti Ibn
Khaldun sangat perlu wujud dikalangan ilmuan Islam masa kini. Dengan
berpandukan prinsip-prinsip umum Islam yang dapat diambil dari sumber asas
Islam iaitu al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., ilmuan Islam perlu memahami
perkembangan sosio-ekonomi semasa. Gabungan kemampuan ilmuan Islam semasa
memahami al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dengan perkembangan sosio-ekonomi
semasa adalah usaha yang sangat utama masa kini untuk mengembali keagongan
Islam dan kemajuan umatnya. Menguasai asas Islam secara mendalam sepatutnya
memerangsang seseorang ilmuan Islam untuk menterjemah prinsip-prinsip Islam
dalam penyusunan kehidupan sosio-ekonomi negara semasa. Dengan kata lain ia
turut memerangsang ilmuan tersebut menguasai tentang perkembagngan semasa isu
berkaitan sosio-ekonomi. Islam perlu membimbing hakikat semasa. Ia bukan slogan
untuk dilaungkan sahaja.
No comments:
Post a Comment