PENGENALAN
Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu
detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku
telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia
mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak
manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun
tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa
kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Dalam pilihanraya tahun 1969 Parti Perikatan gagal memperolehi
majorirti dua per tiga dalam Dewan Rakyat manakala Parti Gerakan Dan DAP yang
berjaya memperolehi sebanyak 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala
Lumpur sambil menghina bangsa Melayu. Hal ini memberikan tamparan hebat kepada
orang Melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai
bantahan terhadap penghinaan parti DAP dan Gerakan. Dalam suasana tegang dan
penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai
orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah
menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei
ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat
majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini telah disebabkan oleh
British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan
sedemikian rupa.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan
kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera
amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada
persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan
satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan
antara kaum di Malaysia.
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera
Jepun
Pada zaman pendudukan
Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding
dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang
dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu
sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai
perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan
perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan
juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya
memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang
Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara
diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang
pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan
sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku
apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula
masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan
guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan
India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau
PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada
persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila
pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
.
Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal
untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO
dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang
Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan
segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan
raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah
menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .
5. Perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati
terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan
. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu.
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang
Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan
faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan
akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk
mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa
Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
Angka korban :
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang
menjadi sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan
9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi
dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar
seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
• Melayu : 86 orang
• Cina : 342 orang
• Lain-lain : 3 orang
Usaha Segera Untuk Membentuk Perpaduan Selepas Peristiwa
13 Mei 1969
Mengisytiharkan Darurat :
Ketika peristiwa 13 Mei 1969 berlaku keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran
antara kaum berlaku akibat suasana tegang. Untuk meredakan ketegangan keadaan
ini kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara.
Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak
terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang
dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga untuk cuba menghentikan kekacauan
yang berlaku dalam masa yang singkat.
Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) 17 MEI 1969:
Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16
Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul
Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik,
pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah
Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin,
Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.
Fungsi utama MAGERAN ini ialah:
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara
kaum di Malaysia.
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen
telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN.
Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.
Pembentukan Majlis Muhibah :
Majlis Muhibah
ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu
peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan
matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Majlis ini berperanan untuk
menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke
arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di
Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAPEN) pada 29
JAN 1970 :
Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan
Januari 1970 untuk membentuk perpaduan
antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh
Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil:
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN.
b) Kerajaan-kerajaan Negeri.
c) Parti-parti Politik.
d) Sabah dan Sarawak.
e) Kumpulan-kumpulan Agama.
f) Badan-badan Profesional.
g) Perkhidmatan Awam.
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan.
i) Wartawan.
j) Persatuan Guru-guru.
k) Kumpulan Minoriti.
KESIMPULAN
Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan
rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,
sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata
petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita
untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi
bayangan sahaja.
No comments:
Post a Comment