Thursday 11 September 2014

Demokrasi Berparlimen (SUMATHY A/P THAMOOTHARAM PILLAI - 19DRG14F1037)

Demokrasi bermaksud Kekuatan Diri yang berasal daripada Bahasa Yunani . Istilah ini dibentuk daripada dua perkataan berlainan iaitu ‘Demos’ bermaksud rakyat dan ‘Kratos’ bermaksud kekuasaan . Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang ditentukan oleh rakyat .Pemerintahan yang mengariskan bahawa kekuasaan berada di tangan rakyat kerana rakyat mempunyai hak dan suara yang sama dalam mengatur pemerintahan sesebuah neara. Dalam sistem demokrasi ini undang undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat iaiti melalui perwakilan untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Sebuah Negara atau Kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan demokratik . Pendekata , sebuah negara yang melaksanakan sistem demokrasi adalah negara yang memperjuangkan kedaulatan rakyat dan Malaysia merupakan sebah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan. Demokrasi melambangkan kesejagat , persaingan untuk jawatan , kebebasan bersuara dan akhbar , dan kedaulatan undang undang.


MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMEN

     Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan dikatakan Demokrasi Berparlimen . Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan ini bermaksud, rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara , manakala raja raja menjadilambang taat setia rakyat.Setiap negara mempunyai kaedah dan sistem pemerintahan yang tersendiri .Terdapat juga beberapa nama yang diberikan untuk mengambarkan bentuk pemerintahan sesebuah negara seperti sosialis , demokrasi , monarki dan lain lain Dalam sistem berkenaan itu tedapat jenis pemerintahan yang membenarkan penglibatan rakyat dalam mengurus dan mengemudi pemerinahan negara. Sementara itu terdapat juga pemerintahan yang tidak memberi runag kepada rakyat untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara .Demokrasi Berparlimen dibentuk hasil daripada proses pilihan raya .Dalam proses pilihan raya , rakyat diberi mandat untuk memeilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang aka menjadi wakil rakyat di Parlimen . Sistem Demokrasi Berparlimen ini diamalkan sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Sistem ini dipupuk dan dipelihara sehingga mewujudkan kestabilan negara. Rakyat menikmati keamana dan kemajuan dalam bidang sosial ,politik , ekonomi dan sebagainya sehingga hari ini disebabkan oleh sistem Demokrasi Berparlimen ini dipupuk dan dipelihara .


FAEDAH DARIPADA PENGALAMAN SISTEM DEMIKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

     Sistem pemeritahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan keamanan dan kebebesan rakyat .Sistem pemerintahan demorasi ini mengambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat.Dalam sistem demokrasi yang paling berkuasa ialah rakyat .Rakyatlah yang menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan dengan betul.Kestabilan dan kemantapan olitik membolehkan rakyat melalui kerajaan yang dipilih merangka , menggubal dan seterusnya melaksanakan strategi –strategi pembangunan negara . Kerajaan berjaya melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia bagi mencapai perpaduan serta mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.Kerajaan menggalakan pertumbuhan aktiviti ekonomi untuk menyediakan peluang pekerjaan ,menambah kemahiran , menggalakan pengunaan teknologi moden dan apa yang lebih penting adalah mempertingkatkan daya pengeluaran , pendapatan dan kemakmuran negara.Untuk memesatkan pembangunan negara, meningkatkan kecekapan dan mencapai produktiviti yang lebih tinggi, kerajaan juga menggalakan penglibatan sektor swasta dalam usaha kerajaan .



PILIHAN RAYA

Definisi Pilihan Raya

Pilihan Raya adalah mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikan di sesebuah negara. Pilihan raya adalah satu mekanisme utama memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratikya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persekutuan ataupun negeri. Piliha raya boleh dijalankan dalam mana mana organisasi sama ada swasta atau syarikat .Secara umum , pilihan raya adalah satu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan .
Sejarah Pilihan Raya Di Malaysia

     Pada 27 Julai 1955 , Pilihan Raya Persekutuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan .Antar parti yang mengambil bahagian dalam pilihan ini adalah;1 Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO , MCA dan MIC . PERIKATAN bertanding di kesemua 52 kerusi , seorang bagi tiap tiap kawasan pilihan raya ;2 Parti Negara pemimpi Datuk Onn mengemukakan 33 orang calon; 3 Parti Islam SE-Tanah Melayu (PAS) dengan 11orang calon ; 4 Parti parti lain yang mengambil bahagian dalam pilihan raya in ialah Parti Buruh , Parti Kemajuan Perak , Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu . Rakyat ialah penentu kepada pembentukan kerajaan melalui setiap lima tahun sekali.Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan Negara dan memilih wakil wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan negeri

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Undang-undang dan peraturan pilihan raya.Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-

-          Perlembagaan Persekutuan.
-          Perlembagaan Negeri.
-          Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
-          Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
-          Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
-          Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
-          Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

Elemen-elemen penting pilihan raya

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

Bahagian Pilihan Raya.
-          Pemilih.
-          Calon.
-          Proses Pilihan Raya. 

Bilangan bahagian pilihan raya
Senarai kawasan pengundian di Malaysia
Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan raya di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan 567 kerusi Dewan Undangan Negeri.


Persempadanan semula bahagian pilihan raya

Sebagai sebahagian daripada fungsi utamanya, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertanggungjawab untuk mengkaji semula sempadan Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjalankan kajian ini setiap tidak kurang daripada 8 tahun. Bagaimanapun, ia boleh ditangguhkan sekiranya terdapat peristiwa besar, seperti pilihan raya umum.


Pendaftaran pemilih

Satu elemen penting dalam sistem pilihan raya ialah seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum dia boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:-

-          warganegara Malaysia
-          berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
-          seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
-          tidak hilang kelayakan.


Hilang kelayakan

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika:-

-          pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
-          sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
-          telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
-          telah memperoleh kerakyatan asing.


Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih dijalankan di sepanjang tahun, seperti yang diperuntukkan di dalam undang-undang. Pengundi boleh mendaftar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri, Pejabat-Pejabat Pos atau melalui unit-unit bergerak Suruhanjaya. Daftar-daftar pemilih baru disediakan setiap 3 bulan sekali dan ia dipamerkan selama 7 hari bagi tujuan urusan tuntutan dan bantahan. Selepas mempertimbangkan tuntutan dan bantahan melalui siasatan awam, daftar pemilih untuk tahun berkenaan akan disahkan oleh Suruhanjaya di dalam tempoh sebulan. Semasa semakan daftar induk, nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang sudah hilang kelayakan mengikut undang-undang akan dikeluarkan daripada daftar berkenaan.


Kelayakan calon

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:-

warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
-          berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
-          tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.


Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

-          telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
-          didapati seorang bankrap; atau
-          memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
-          gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
-          telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
-          telah memperoleh kewarganegaraan asing.



Tempoh pilihan raya

Pilihan Raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, diadakan sekali di dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum diadakan di dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.
Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, peletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri itu hilang kelayakan. Dalam hal ini tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya.


Proses pilihan raya

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis akan diwartakan, menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi.


Hari penamaan calon

Hari penamaan calon merujuk kepada hari yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon-calon mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk bertanding dalam pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Kertas-kertas penamaan boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau salah seorang daripada mereka. Kertas-kertas penamaan mestilah dikemukakan di antara pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari penamaan.

Kertas-kertas penamaan akan dipamerkan dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi untuk diteliti dan bantahan. Dalam kes di mana seorang calon sahaja yang dicadangkan, Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon itu menang tanpa bertanding.


Pertaruhan

Pertaruhan berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon. Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian di kawasan tersebut.


Penggunaan simbol

 Seseorang calon yang mewakili sesuatu parti politik boleh menggunakan simbol parti jika dia mendapat kebenaran bertulis daripada ketua parti berkenaan. Calon-calon bebas perlu memilih mana-mana simbol yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk dicetak pada kertas-kertas undi.




KEMPEN

Kempen poster

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen, seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002. Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar Suruhanjaya mempunyai kuasa di bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan-pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah, seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan dan seorang wakil tiap-tiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus, dan tugas pasukan ini ialah untuk memantau bahan-bahan kempen, ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum, bagi memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar. Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya bagi memberikan penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya. Senarai perkara yang mesti dipatuhi dan dilarang semasa pilihan raya disediakan, dan ini perlu diambil ingatan oleh calon-calon dan petugas-petugas parti.


Hari mengundi

Sekolah lazim dijadikan pusat mengundi
Hari mengundi adalah merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun demikian, waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan bagi memastikan kelancaran membuang undi. Selain dari itu, waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah. Suruhanjaya Pilihan Raya biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya seperti:-

-          tarikh mengundi
-          lokasi tempat mengundi
-          waktu mengundi di semua tempat mengundi
-          lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Di petak mengundi, pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi. Tanda ini, seperti tanda 'X', tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja

Komposisi Etnik Penduduk Malaysia: Sejarah Dan Latar Belakang Masyarakat Malaysia (SITI NOORHAIREZA BINTI REDZUWAN - 19DRG14F1046)

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.
Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.



KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
Pemajmukan  masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.


KAUM MELAYU

Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu.
Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripd jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di Bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.
Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.


KAUM CINA

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2 berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina.
Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain.
Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.
Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yg terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.


KAUM INDIA

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.
Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet2 getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000. Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).  Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6%.


ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Agama dan Kepercayaan
Kaum Melayu
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.
Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yg berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.
Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri.
Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:
a) melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata
b) melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan mereka
c) melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam hidup manusia ini, iaitu:
Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya utk kebahagiaan manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan untuk menghambakan diri kepada ALLAH dan beribadat kepada-Nya.
Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama.
Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.


KAUM CINA

Masyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.
Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.
Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
Taoisme berasal daripd perkataan Tao yg bermaksud ‘Jalan’ (The Way).
Taoisme mengajar pengikutnya utk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.

Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
a) Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di negara China.
b) Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua perkara.
Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.
Satu anutan yang popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme.
Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkausia 72 tahun pada tahun 551 S.M


KAUM INDIA

Masyarakat India yg tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India.
Agama yg paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu.

Ciri-ciri yg terkandung dalam di dalam agama Hindu.
a) Kepercayaan kepada banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
- antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa)
b) Konsep karma dan kelahiran semula
Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu.
Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
c) Kitab-kitab Veda
- Kitab veda ialah kitab yg menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab2 ini mengandungi riwayat hidup, amalan2 politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.


MASYARAKAT SARAWAK

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau.
Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa2 barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.
Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.

MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam.


KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM

Kaum Melayu

Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing.
Tiga kumpulan tersebut terdapat di Semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar; kedua, Malenesia dan kepulauan sekitarnya ketiga, Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dua jenis adat yg menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung.
Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat.
Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yg banyak dari agama Islam.
Perayaan – perayaan yg berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram.


Kaum Cina

Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina didapati mempunyai semangat kesukuan yg kuat.  Semangat kesukuan ini antara yang menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih British.
Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di kalangan pelombong.
Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya masyarakat Cina yang asal.
Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yg moden bercirikan Barat.
Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’.
Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen.
Perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.


Kaum India

Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.
Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta
Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.
Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta
Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus.
Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu.
Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ dan ‘puri’.


Masyarakat Sarawak

Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yg biasanya keluarga asas.

Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik utk keluarga, cuma terdapat bilik yg memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

Malaysia: Kontrak Sosial (NURUL MUNIRAH BINTI MAT NIZA - 19DRG14F1019)



Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.


Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politikdalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakkan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.


Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta danharta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.


Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.


Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.


Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

Justeru, kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.


Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."

Kritikan awal

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Namun begitu kita juga perlu sedar bahawa penghijrahan orang melayu adalah dari Gugusan Kepulauan Melayu (Tanah Melayu,Indonesia,Brunei,Filipina,Singapura dan Thailand) ketika itu yang mempunyai agama, bahasa dan adat yang seakan sama seperti orang melayu di tanah melayu. Justeru perkara ini tidak boleh dipertikaikan berbanding kaum lain seperti cina dan india yang dibawa oleh penjajah ketika itu datang dari negara China dan negara India yang mempunyai agama,bahasa dan adat yang jauh berbeza.


Penggunaan dalam konteks lain

Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum. Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaumCina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005.

Subjek Kontrak Sosial

Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.

Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.

Wednesday 10 September 2014

Perlembagaan Malaysia ( NURSYIFAA BINTI RASYID - 19DRG14F1018 )

Perlembagaan Malaysia

Pendahuluan
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang member jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihak perlu akur kepada undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.


Apa itu perlembagaan

Perlembagaan adalah sekumpulan undang-undang dasar, yang menjadi garis panduan bagi pemerintahan sesebuah Negara. Dari undang-undang dasar ini, lahirlah semua undang-undang yang diperkenalkan di Negara ini. Dalam perlembagaan termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, system kehakiman, hak asasi , kebebasan beragama, soal bahasa, hak kerakyatan, dan pilihanraya. Jelaslah bahawa Perlembangan merupakan satu dokumen unggul yang amat mempengaruhi segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan, dan kebudayaan. Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu yang telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan Lord Reid dari United Kindom. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada pakar-pakar perlembagaan dari Australia, India dan Pakistan. Wakil-wakil Raja-raja Melayu dan parti-parti politik seperti UMNO, MCA, dan MIC juga menyertai suruhanjaya ini. Perlembagaan Malaysia telah mula dikuatkuasakan bermula pada 16 September 1963 dan kandungannya disesuaikan dengan keadaan tempatan. Perlembagaan kita adalah jenis bertulis. Ada juga Negara seperti England yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis


Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Sejarah Perlembagaan Malaysia
Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.
Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.
Tujuan Perlembagaan
• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
• Sebagai alat untuk myelesaikan masalah
• Menjamin riwayat negara bangsa
• Menjamin keamanan dan kestabilan negara

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 Bahagian yang mengandungi 131 Perkara menyentuh pelbagai aspek pemerintahan iaitu :
Bahagian 1 : Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Malaysia adalah sebuah persekutuan yang dianggotai 13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan. Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.
Bahagian 2 : Kebebasan Asasi
Kebebasan Asasi ialah hak yang kita miliki iaitu hak untuk hidup, kebebasan daripada perhambaan dan menjadi buruh paksaan, keseramatan di sisi undang-undang, kebebasan bergerak, kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu, kebebasan agama, hak untuk pendidikan dan hak untuk memiliki harta.
Bahagian 3 : Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara dengan cara dilahirkan disini, berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia dan tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana seseorang itu boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegaraan.
Bahagian 4 : Persekutuan
Bahagian ini memberi panduan sistem kerajaan di Malaysia. Ketua utama persekutuan adalah Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan Yang Di-Pertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja. Bahagian ini juga mewujudkan Kabinet dan Pejabat Perdana Menteri serta Parlimen yang terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Bahagian 5 : Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannnya sendiri dan badan perundangan dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing. Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara yang membolehkan Parlimen menggubal undang-undang dan terdapat pula perkara yang membolehkan Dewan Undangan Negeri menggubal undang-undang. Terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-dua boleh menggubal undang-undang.
Bahagian 6 : Peruntukan Kewangan
Bahagian ini menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian 7 : Pilihan Raya
Bahagian ini menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita. Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihan raya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai Suruhanjaya Pilihanraya yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian 8 : Badan Kehakiman
Bahagian ini mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. Bahagian ini juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dilantik.
Bahagian 9 : Perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuk Pasukan Polis, Angkatan Tentera dan Perkhidmatan Pelajaran. Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri. Pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh 'Suruhanjaya-Suruhajaya'.
Bahagian 10 : Kuasa Khas Menentang Kuasa Subversif dan Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.
Bahagian 11 : Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Yang Di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi Sabah dan Serawak serta memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.
Bahagian 12 : Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Serawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Serawak, contohnya perizaban tanah peribumi bagi masyarakat peribumi Sabah dan Serawak.
Bahagian 13 : Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum merdeka masih berkuat kuasa sehinggalah Parlimen menggubal undang-undang baru bagi menggantikan mereka.
Bahagian 14 : Perkecualian Bagi Kedaulatan Raja-Raja dan Sebagainya
Kedaulatan, kuasa, perogratif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara dalam bahagian ini.
Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Di bawah bahagian ini, prosiding oleh atau terhadap Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-Raja harus dibawa di hadapan 'Mahkamah Khas'

Memahami Perkembangan Agama Islam di Malaysia (SITI QAIRUNISA BINTI ABDUL RAHMAN - 19DRG14F1047)

               Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya ialah akidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubung dengan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan di akhirat. Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah :

v  Islam bermaksud tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaati-Nya: Sesungguhnya bukti ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima agamaNya dan diikuti pula dengan penuh kesedaran. Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai Allah dan merupakan agama yang diwahyukan kepada para rasul untuk disampaikan kepada manusia.

v  Islam adalah peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia serta menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT.

v  Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulnya yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk akidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Islam adalah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang terkandung didalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan, akidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

v  Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman didalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi, memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.



Sejarah Agama Islam

       Seperti yang kita tahu Islam juga mempunyai sejarah. Adalah anggapan umum Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke 10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama yang menerima Islam.  Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarih 1301 M. Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah 1 (abad ke 12) dari Kedah telah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian.  Pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadi peristiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.  Tudung pula merupakan satu pengenalan yang agak baru dan tidak ketara sehingga  kebangkitan Islam diseluruh dunia pada dekad 1980an.


Penduduk Beragama Islam

               Menurut bancian 2000,  kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus agama Kristian, 6 peratus Hinduisme dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina yang lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain termasuk animism, sikhisme dan Baha’i. Muslim Malaysia primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakannya bilangan India dan Muslim, Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dan etnik mualaf Cina. Sebilangan Muslim muda, terutamanya dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim separa mengamal. Mereka yang madatori dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap. Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung.


Kebudayaan

              Islam ialah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian daripada identitiMelayu sehingga adat istiadat Islam telah diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari raya yang penting bagi orang Islam di Malaysia.


Mazhab Syafie

           Mazhab Syafi’i merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara laungan azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid.  Di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagi hari cuti umum.

Undang-Undang Dan Politik
                Dalam undang-undang dan politik seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu semestinya beragama Islam, tidak kira apa warisan etniknya, jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang.



Ilmuan Islam Perlu Memahami Prinsip-Prinsip Islam Dan Perkembangan Sosio-Ekonomi Semasa
               Islam menganjurkan pengabdian manusia sepenuhnya kepada kehendak Allah s.w.t. Manusia dengan itu dimestikan mencorak kehidupan sosio-ekonomi, bermasyarakat dan bernegara mengikut kehendak tauhid. Pengabdian kepada Allah SWT dalam urusan sosio-ekonomi bertujuan untuk membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan bermasyarakat.
Tauhid menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana al-Adl wal Ihsan (keadilan dan kasih sayang). Allah SWT berfirman dengan maksud:
·         "Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat adil dan kebajikan, memberi pertolongan kepada manusia, serta melarang dari berbuat yang keji, pekerjaan yang mungkar dan kezaliman. Dia memberi kamu pengajaran, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan". (An-Nahl: 90)

Prinsip al-Adl wal Ihsan ini menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi dalam sesebuah negara mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan dan muafakat ekonomi dalam negara. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.

Dari asas falsafah tauhid, beberapa prinsip umum dapat dirumuskan untuk dijadikan panduan dalam menjalani aktiviti sosio-ekonomi:
1.      Prinsip Keadilan Sosial. Pengendalian ekonomi dan mekanisme dalam mengatur kegiatan ekonomi mesti dapat menuju ke arah wujudnya keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara dapat menyedia keperluan hidup asasi individu melalui pencapaian faktor-faktor berikut:

·         Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehidupan di peringkat individu dan masyarakat.

·         Menaikkan taraf daya fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan memiliki mutu ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan secara berkesan dengan keadaan perubahan masa.

·         Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradat dan bertanggungjawab semoga negara ditadbir menepati prinsip syura.

·         Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem sosio-ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat.

·         Negara melalui usahanya membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi keyakinan dan sikap optimis kepada masyarakat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

2.      Prinsip Istikhlaf. Prinsip ini membicarakan kedudukan manusia daripada kaca mata Islam. Manusia mengikut Islam adalah pemegang amanah Allah s.w.t. dalam rangka memakmurkan dunia. Justeru itu, kesemua yang terdapat di dunia ini adalah hak milik Allah s.w.t. Hatta manusia itu sendiri. Tetapi kesemua mereka dicipta untuk keperluan manusia. Oleh itu, manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. terhadap apa yang diusahakan dan dimilikinya. Prinsip ini menggaris peraturan tentang pemilikan harta persendirian seperti berikut:

·         Pemilikan harta hendaklah melalui cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
·         Pemilik harta hendaklah menggunakan hartanya untuk kebajikannya dan juga masyarakat.
·         Harta yang dimiliki hendaklah dilibatkan dalam kegiatan ekonomi. Pembekuan harta diharamkan oleh Islam kerana ia menimbul wujudnya ketidakadilan dalam masyarakat.

3.      Prinsip Bekerja. Prinsip ini menganjurkan kepentingan konsep bekerja dan melibatkan diri dalam kegiatan sosio-ekonomi. Penglibatan dalam kegiatan sosio-ekonomi adalah ibadah. Setiap penglibatan hendaklah diberi ganjaran yang setimpal. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah dan sektor swasta menjamin peluang pekerjaan terdapat untuk kesemua lapisan rakyat. Oleh itu, ganjaran yang diperolehi melalui pekerjaan melainkan kepada keadaan yang terkecuali seperti penerimaan harta pusaka, hadiah dan zakat. Islam mengharamkan riba kerana ia merupakan pendapatan yang diperolehi tanpa usaha.

·         Pendekatan positif Islam terhadap konsep kerja akan mengarah masyarakat kepada potensi peningkatan taraf hidup mereka yang disertai dengan keadilan pengagihan harta dan kekayaan.

4.       Prinsip Keuntungan dan Kerugian. Islam menjelaskan bahawa setiap penglibatan dalam aktiviti sosio-ekonomi mesti mengakui bahawa keuntungan dan kerugian adalah perkara lumrah. Bahkan prinsip ini adalah asas kepada muamalat dalam Islam. Berdasarkan kepada prinsip ini, mekanisme seperti mudharabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

·         Prinsip ini ialah untuk menjamin keadilan terlaksana dalam setiap kegiatan sosio-ekonomi. Tiada golongan sama ada golongan pemodal ataupun golongan penguasa mendapat tempat yang istimewa dalam sistem sosio-ekonomi Islam. Kedua-dua golongan memerlukan di antara satu sama lain dalam membangun ekonomi masyarakat.

·         Prinsip ini mengajar bahawa kesemua perlu berminat dan menceburi secara langsung kerana tiada jaminan istimewa pulangan akan dibenarkan dalam sistem Islam.

5.      Prinsip menjauhkan daripada melakukan kerosakan. Islam menganjurkan bahawa dalam kegiatan sosio-ekonomi, segala bentuk kerosakan sama ada dalam bentuk keruntuhan akhlak, kepincangan keluarga dan kerosakan alam persekitaran hendaklah dijauhkan. Kerosakan kepada diri serta masyarakat tidak sepatut berlaku. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti penindasan, penipuan, pencurian, pencemaran alam, pembaziran dan sebagainya tidak berlaku dalam sistem ekonomi Islam.

              Dari prinsip-prinsip umum Islam tersebut, para pemikir Islam semasa perlu peka menjadi prinsip-prinsip tersebut sebagai panduan dalam menyusun dan membangun sosio-ekonomi umat Islam semasa. Ini termasuk dalam pengubalan dasar dan mekanisme ekonomi sesuai dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa.   Seorang tokoh ilmuan Islam, Ibn Khaldun (1332 - 1406M) banyak menyumbang kepada pemikiran ekonomi pada masa tersebut.

            Beliau mengupas dengan mendalam isu ekonomi dalam masyarakat pada masa itu dengan menyentuh beberapa aspek seperti nilai, pengagihan buruh, sistem harga, undang-undang berkaitan penawaran dan permintaan, kepenggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, pembiayaan awam, putaran perniagaan dan sebagainya.

              Mengikut pandangan Ibn Khaldun, faktor kemajuan ekonomi sangat penting ke arah memesti kestabilan politik sesebuah masyarakat tercapai. Bahkan beliau berpandangan bahawa sejarah maju mundur sesebuah masyarakat ada pertalian yang rapat dengan pencapaian kemajuan ekonomi sesebuah masyarakat tersebut.Beliau turut membincangkan tentang beberapa peringkat bagaimana sesebuah masyarakat perlu lalui dalam mencapai kemajuan ekonomi. Beliau berpandangan dari perspektif ekonomi-makro, bahawa pendapatan dan pembiayaan akan seimbang untuk sesebuah bandar dan jika kedua-dua pendapatan dan pembiayaan adalah besar bandar tersebut akan membangun.

                Dalam analisis ekonomi seterusnya, Ibn Khaldun berpendapat bahawa buruh mempunyai tempat yang istimewa dalam teori nilai. Pendapatan kepada individu adalah dari usaha tenaga yang disumbangkan oleh buruh tersebut. Oleh itu pendapatan yang diperolehi oleh seorang dari sumbangan tenaganya merupakan nilai buruh. Bahkan tanpa sumbangan tenaga buruh penghasilan produk tidak akan wujud.
Beliau juga turut merumuskan bahawa permintaan kepada buruh meningkat jika permintaan kepada sesuatu barangan meningkat. Sektor awam mengikut Ibn Khaldun merupakan sektor yang utama kepada pasaran buruh.

               Ibn Khaldun turut meyakinkan bahawa jumlah penduduk turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu setiap penduduk melalui pembahagian pengkhususan bekerja yang berdasarkan kemahiran masing-masing merupakan penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi.

                   Walaupun peranan sektor awam penting kepada sesebuah ekonomi, Ibn Khaldun menganjur kepada campur tangan sektor awam yang minima dalam urusan ekonomi negara. Walaupun demikian, beliau berpandangan bahawa sektor awam turut berperanan dalam mengawal kejatuhan aktiviti perniagaan sektor swasta dan menerus pembangunan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu dalam usaha memantapkan prestasi sektor swasta, kadar cukai yang hendak digubal oleh pihak kerajaan perlu teliti semoga semangat keusahawanan sektor swasta tidak terjejas. Jika semangat keusahawanan sektor swasta terjejas , keadaan ekonomi akan turut mengalami masalah dan jumlah cukai yang mampu dipungut oleh kerajaan akan menurun.

                  Pandangan pemikir seperti Ibn Khaldun sangat perlu wujud dikalangan ilmuan Islam masa kini. Dengan berpandukan prinsip-prinsip umum Islam yang dapat diambil dari sumber asas Islam iaitu al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., ilmuan Islam perlu memahami perkembangan sosio-ekonomi semasa. Gabungan kemampuan ilmuan Islam semasa memahami al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa adalah usaha yang sangat utama masa kini untuk mengembali keagongan Islam dan kemajuan umatnya. Menguasai asas Islam secara mendalam sepatutnya memerangsang seseorang ilmuan Islam untuk menterjemah prinsip-prinsip Islam dalam penyusunan kehidupan sosio-ekonomi negara semasa. Dengan kata lain ia turut memerangsang ilmuan tersebut menguasai tentang perkembagngan semasa isu berkaitan sosio-ekonomi. Islam perlu membimbing hakikat semasa. Ia bukan slogan untuk dilaungkan sahaja.