Wednesday 10 September 2014

Memahami Perkembangan Agama Islam di Malaysia (SITI QAIRUNISA BINTI ABDUL RAHMAN - 19DRG14F1047)

               Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya ialah akidah, amalan-amalan dan hukum-hukum berhubung dengan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan di akhirat. Secara khususnya Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama berdasarkan kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah :

v  Islam bermaksud tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaati-Nya: Sesungguhnya bukti ketundukan kepada Allah SWT ialah redha menerima agamaNya dan diikuti pula dengan penuh kesedaran. Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai Allah dan merupakan agama yang diwahyukan kepada para rasul untuk disampaikan kepada manusia.

v  Islam adalah peraturan dan perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia serta menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW daripada Allah SWT.

v  Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulnya yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk akidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Islam adalah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang terkandung didalamnya perkara-perkara yang berhubung dengan, akidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

v  Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja sekalipun dengan tidak ada iman didalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa faedah kepada penganutnya. Islam merupakan penghayatan yang sebenar bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi, memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.



Sejarah Agama Islam

       Seperti yang kita tahu Islam juga mempunyai sejarah. Adalah anggapan umum Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke 10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama yang menerima Islam.  Pandangan ini adalah berdasarkan Batu Bersurat Terengganu yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu. Batu bersurat tersebut bertarih 1301 M. Oleh itu boleh dianggarkan, Sultan Muzaffar Shah 1 (abad ke 12) dari Kedah telah memeluk Islam lebih awal dan menjadi raja melayu pertama yang diketahui untuk berbuat demikian.  Pemelukan Islam oleh Sultan Megat Iskandar Shah, sebelum itu dikenali sebagai Parameswara menjadi peristiwa penting dalam penerimaan Islam oleh orang Melayu di Tanah Melayu. Baginda telah memeluk Islam selepas perkahwinannya dengan seorang puteri dari Pasai.  Tudung pula merupakan satu pengenalan yang agak baru dan tidak ketara sehingga  kebangkitan Islam diseluruh dunia pada dekad 1980an.


Penduduk Beragama Islam

               Menurut bancian 2000,  kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam, 19 peratus agama Buddha, 9 peratus agama Kristian, 6 peratus Hinduisme dan 3 peratus Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina yang lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain termasuk animism, sikhisme dan Baha’i. Muslim Malaysia primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakannya bilangan India dan Muslim, Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dan etnik mualaf Cina. Sebilangan Muslim muda, terutamanya dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim separa mengamal. Mereka yang madatori dan mengelak memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang lima waktu sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap. Pada masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung.


Kebudayaan

              Islam ialah pusat dan mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Akan tetapi, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Islam sudah begitu sebahagian daripada identitiMelayu sehingga adat istiadat Islam telah diasimilasikan dengan budaya Melayu. Di dalam konteks harian, perkataan Muslim dan Melayu sering ditukar ganti. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari raya yang penting bagi orang Islam di Malaysia.


Mazhab Syafie

           Mazhab Syafi’i merupakan salah satu cabang kepada Sunni, merupakan mazhab yang utama di Malaysia. Masjid sudah menjadi kelaziman di merata tempat di seluruh negara dan suara laungan azan dapat didengari dari kubah-kubah masjid 5 kali setiap hari. Pihak kerajaan dan institusi perbankan akan ditutup selama dua jam pada hari Jumaat bagi menghormati pekerja-pekerja yang perlu menunaikan solat berjemaah di masjid-masjid.  Di sesetengah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka memilih hari Jumaat dan Sabtu dan bukan Sabtu dan Ahad sebagi hari cuti umum.

Undang-Undang Dan Politik
                Dalam undang-undang dan politik seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu semestinya beragama Islam, tidak kira apa warisan etniknya, jika tidak mereka bukan Melayu dari segi undang-undang.



Ilmuan Islam Perlu Memahami Prinsip-Prinsip Islam Dan Perkembangan Sosio-Ekonomi Semasa
               Islam menganjurkan pengabdian manusia sepenuhnya kepada kehendak Allah s.w.t. Manusia dengan itu dimestikan mencorak kehidupan sosio-ekonomi, bermasyarakat dan bernegara mengikut kehendak tauhid. Pengabdian kepada Allah SWT dalam urusan sosio-ekonomi bertujuan untuk membimbing manusia ke arah mencapai keharmonian dan kecemerlangan bermasyarakat.
Tauhid menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi hendaklah mengarah kepada wujudnya suasana al-Adl wal Ihsan (keadilan dan kasih sayang). Allah SWT berfirman dengan maksud:
·         "Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat adil dan kebajikan, memberi pertolongan kepada manusia, serta melarang dari berbuat yang keji, pekerjaan yang mungkar dan kezaliman. Dia memberi kamu pengajaran, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan". (An-Nahl: 90)

Prinsip al-Adl wal Ihsan ini menganjurkan bahawa sistem sosio-ekonomi dalam sesebuah negara mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan dan muafakat ekonomi dalam negara. Kedua-dua unsur ini adalah asas ke arah pencapaian perjalanan sistem sosio-ekonomi yang teratur, cekap dan progresif.

Dari asas falsafah tauhid, beberapa prinsip umum dapat dirumuskan untuk dijadikan panduan dalam menjalani aktiviti sosio-ekonomi:
1.      Prinsip Keadilan Sosial. Pengendalian ekonomi dan mekanisme dalam mengatur kegiatan ekonomi mesti dapat menuju ke arah wujudnya keadilan sosial. Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat difahami sebagai suasana di mana sesebuah negara dapat menyedia keperluan hidup asasi individu melalui pencapaian faktor-faktor berikut:

·         Pemeliharaan penghayatan keimanan melalui pengamalan nilai agama dalam urusan kehidupan di peringkat individu dan masyarakat.

·         Menaikkan taraf daya fikir untuk kesemua lapisan masyarakat supaya bebas dari buta huruf dan memiliki mutu ilmu yang munasabah untuk mereka menjalankan kehidupan secara berkesan dengan keadaan perubahan masa.

·         Memberi kebebasan dan jaminan perundangan kepada masyarakat negara berkaitan hak menyuarakan pandangan dalam semangat yang beradat dan bertanggungjawab semoga negara ditadbir menepati prinsip syura.

·         Memberi jaminan kepada kesemua ahli masyarakat semoga mereka bebas untuk menentu atau berusaha bersama dengan pihak swasta dan kerajaan, untuk berkecimpung dalam kegiatan ekonomi di dalam dan luar negara. Justeru itu sumber harta negara khususnya harta modal perlu sentiasa mengalir dalam sistem sosio-ekonomi untuk mencetus peluang kegiatan ekonomi untuk kesemua lapisan masyarakat.

·         Negara melalui usahanya membina sebuah tamadun yang utuh semoga dapat memberi keyakinan dan sikap optimis kepada masyarakat bahawa generasi masa hadapan negara akan terus mengecapi suasana yang cemerlang. Bahkan mengikut Islam kecemerlangan adalah sesuatu yang mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

2.      Prinsip Istikhlaf. Prinsip ini membicarakan kedudukan manusia daripada kaca mata Islam. Manusia mengikut Islam adalah pemegang amanah Allah s.w.t. dalam rangka memakmurkan dunia. Justeru itu, kesemua yang terdapat di dunia ini adalah hak milik Allah s.w.t. Hatta manusia itu sendiri. Tetapi kesemua mereka dicipta untuk keperluan manusia. Oleh itu, manusia bertanggungjawab kepada Allah s.w.t. terhadap apa yang diusahakan dan dimilikinya. Prinsip ini menggaris peraturan tentang pemilikan harta persendirian seperti berikut:

·         Pemilikan harta hendaklah melalui cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
·         Pemilik harta hendaklah menggunakan hartanya untuk kebajikannya dan juga masyarakat.
·         Harta yang dimiliki hendaklah dilibatkan dalam kegiatan ekonomi. Pembekuan harta diharamkan oleh Islam kerana ia menimbul wujudnya ketidakadilan dalam masyarakat.

3.      Prinsip Bekerja. Prinsip ini menganjurkan kepentingan konsep bekerja dan melibatkan diri dalam kegiatan sosio-ekonomi. Penglibatan dalam kegiatan sosio-ekonomi adalah ibadah. Setiap penglibatan hendaklah diberi ganjaran yang setimpal. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah dan sektor swasta menjamin peluang pekerjaan terdapat untuk kesemua lapisan rakyat. Oleh itu, ganjaran yang diperolehi melalui pekerjaan melainkan kepada keadaan yang terkecuali seperti penerimaan harta pusaka, hadiah dan zakat. Islam mengharamkan riba kerana ia merupakan pendapatan yang diperolehi tanpa usaha.

·         Pendekatan positif Islam terhadap konsep kerja akan mengarah masyarakat kepada potensi peningkatan taraf hidup mereka yang disertai dengan keadilan pengagihan harta dan kekayaan.

4.       Prinsip Keuntungan dan Kerugian. Islam menjelaskan bahawa setiap penglibatan dalam aktiviti sosio-ekonomi mesti mengakui bahawa keuntungan dan kerugian adalah perkara lumrah. Bahkan prinsip ini adalah asas kepada muamalat dalam Islam. Berdasarkan kepada prinsip ini, mekanisme seperti mudharabah dan musyarakah digalakkan dalam aktiviti ekonomi.

·         Prinsip ini ialah untuk menjamin keadilan terlaksana dalam setiap kegiatan sosio-ekonomi. Tiada golongan sama ada golongan pemodal ataupun golongan penguasa mendapat tempat yang istimewa dalam sistem sosio-ekonomi Islam. Kedua-dua golongan memerlukan di antara satu sama lain dalam membangun ekonomi masyarakat.

·         Prinsip ini mengajar bahawa kesemua perlu berminat dan menceburi secara langsung kerana tiada jaminan istimewa pulangan akan dibenarkan dalam sistem Islam.

5.      Prinsip menjauhkan daripada melakukan kerosakan. Islam menganjurkan bahawa dalam kegiatan sosio-ekonomi, segala bentuk kerosakan sama ada dalam bentuk keruntuhan akhlak, kepincangan keluarga dan kerosakan alam persekitaran hendaklah dijauhkan. Kerosakan kepada diri serta masyarakat tidak sepatut berlaku. Oleh itu, terdapat perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam seperti penindasan, penipuan, pencurian, pencemaran alam, pembaziran dan sebagainya tidak berlaku dalam sistem ekonomi Islam.

              Dari prinsip-prinsip umum Islam tersebut, para pemikir Islam semasa perlu peka menjadi prinsip-prinsip tersebut sebagai panduan dalam menyusun dan membangun sosio-ekonomi umat Islam semasa. Ini termasuk dalam pengubalan dasar dan mekanisme ekonomi sesuai dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa.   Seorang tokoh ilmuan Islam, Ibn Khaldun (1332 - 1406M) banyak menyumbang kepada pemikiran ekonomi pada masa tersebut.

            Beliau mengupas dengan mendalam isu ekonomi dalam masyarakat pada masa itu dengan menyentuh beberapa aspek seperti nilai, pengagihan buruh, sistem harga, undang-undang berkaitan penawaran dan permintaan, kepenggunaan dan pengeluaran, wang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, pembiayaan awam, putaran perniagaan dan sebagainya.

              Mengikut pandangan Ibn Khaldun, faktor kemajuan ekonomi sangat penting ke arah memesti kestabilan politik sesebuah masyarakat tercapai. Bahkan beliau berpandangan bahawa sejarah maju mundur sesebuah masyarakat ada pertalian yang rapat dengan pencapaian kemajuan ekonomi sesebuah masyarakat tersebut.Beliau turut membincangkan tentang beberapa peringkat bagaimana sesebuah masyarakat perlu lalui dalam mencapai kemajuan ekonomi. Beliau berpandangan dari perspektif ekonomi-makro, bahawa pendapatan dan pembiayaan akan seimbang untuk sesebuah bandar dan jika kedua-dua pendapatan dan pembiayaan adalah besar bandar tersebut akan membangun.

                Dalam analisis ekonomi seterusnya, Ibn Khaldun berpendapat bahawa buruh mempunyai tempat yang istimewa dalam teori nilai. Pendapatan kepada individu adalah dari usaha tenaga yang disumbangkan oleh buruh tersebut. Oleh itu pendapatan yang diperolehi oleh seorang dari sumbangan tenaganya merupakan nilai buruh. Bahkan tanpa sumbangan tenaga buruh penghasilan produk tidak akan wujud.
Beliau juga turut merumuskan bahawa permintaan kepada buruh meningkat jika permintaan kepada sesuatu barangan meningkat. Sektor awam mengikut Ibn Khaldun merupakan sektor yang utama kepada pasaran buruh.

               Ibn Khaldun turut meyakinkan bahawa jumlah penduduk turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu setiap penduduk melalui pembahagian pengkhususan bekerja yang berdasarkan kemahiran masing-masing merupakan penyumbang penting kepada kemajuan ekonomi.

                   Walaupun peranan sektor awam penting kepada sesebuah ekonomi, Ibn Khaldun menganjur kepada campur tangan sektor awam yang minima dalam urusan ekonomi negara. Walaupun demikian, beliau berpandangan bahawa sektor awam turut berperanan dalam mengawal kejatuhan aktiviti perniagaan sektor swasta dan menerus pembangunan ekonomi sesebuah negara. Justeru itu dalam usaha memantapkan prestasi sektor swasta, kadar cukai yang hendak digubal oleh pihak kerajaan perlu teliti semoga semangat keusahawanan sektor swasta tidak terjejas. Jika semangat keusahawanan sektor swasta terjejas , keadaan ekonomi akan turut mengalami masalah dan jumlah cukai yang mampu dipungut oleh kerajaan akan menurun.

                  Pandangan pemikir seperti Ibn Khaldun sangat perlu wujud dikalangan ilmuan Islam masa kini. Dengan berpandukan prinsip-prinsip umum Islam yang dapat diambil dari sumber asas Islam iaitu al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w., ilmuan Islam perlu memahami perkembangan sosio-ekonomi semasa. Gabungan kemampuan ilmuan Islam semasa memahami al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. dengan perkembangan sosio-ekonomi semasa adalah usaha yang sangat utama masa kini untuk mengembali keagongan Islam dan kemajuan umatnya. Menguasai asas Islam secara mendalam sepatutnya memerangsang seseorang ilmuan Islam untuk menterjemah prinsip-prinsip Islam dalam penyusunan kehidupan sosio-ekonomi negara semasa. Dengan kata lain ia turut memerangsang ilmuan tersebut menguasai tentang perkembagngan semasa isu berkaitan sosio-ekonomi. Islam perlu membimbing hakikat semasa. Ia bukan slogan untuk dilaungkan sahaja.



No comments:

Post a Comment