Thursday 11 September 2014

Komposisi Etnik Penduduk Malaysia: Sejarah Dan Latar Belakang Masyarakat Malaysia (SITI NOORHAIREZA BINTI REDZUWAN - 19DRG14F1046)

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.
Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.



KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
Pemajmukan  masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.


KAUM MELAYU

Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu.
Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripd jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di Bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.
Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.


KAUM CINA

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2 berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina.
Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain.
Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.
Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yg terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.


KAUM INDIA

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.
Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet2 getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000. Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).  Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6%.


ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Agama dan Kepercayaan
Kaum Melayu
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka tersendiri malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun dengan kemasukan buruh-buruh Cina dan India.
Penduduk Melayu di Tanah Melayu amnya menganut agama Islam. Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke 15. Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yg berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengekalan agama Islam. Agama Islam ialah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu.
Dalam agama Islam, al-Qur’an dijadikan sebagai asas perundangan yang utama bersama-sama dengan nasihat daripada Nabi Muhammad (saw) sendiri.
Islam ialah agama yg paling meluas dianuti di Malaysia dan secara keseluruhannya, ajaran Islam bermatlamat untuk:
a) melahirkan manusia mempunyai konsep kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasan ALLAH semata-mata
b) melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam situasi kehidupan mereka
c) melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini dan sekaligus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup.

Islam mentafsirkan bentuk-bentuk hubungan yang berlaku dalam hidup manusia ini, iaitu:
Dalam hubungan manusia dengan ALLAH (swt), ALLAH (swt) telah menciptakan segala-galanya utk kebahagiaan manusia. Oleh itu, manusia dicipta bertujuan untuk menghambakan diri kepada ALLAH dan beribadat kepada-Nya.
Dalam hubungan manusia dengan manusia, Islam menuntut hubungan yang berdasarkan persaudaraan dan satu keturunan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bahasa, tempat dan agama.
Dalam hubungan manusia dengan alam pula bermaksud manusia perlu menghormati kejadian alam kerana manusia merupakan makhluk yang diamanahkan oleh ALLAH. Manusia adalah pentadbir alam (khalifah), dan perlu memeliharanya daripada sebarang kerosakan dan kemusnahan.


KAUM CINA

Masyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.
Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yang mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.
Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.
Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.
Taoisme berasal daripd perkataan Tao yg bermaksud ‘Jalan’ (The Way).
Taoisme mengajar pengikutnya utk mencapai  ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi.

Dua orang ahli falsafah Taoisme yg terkenal ialah:
a) Lao Tzu (abad ke-6 S.M.) – beliau menulis buku mengenai falsafah Taoisme bertajuk Tao-te Ching. Buku tersebut mengandungi asas ajaran Taoisme dan menjadi salah sebuah buku yg amat berpengaruh di negara China.
b) Chuang Tzu (abad ke 4-3 S.M) – beliau telah memperkenalkan doktrin kesamarataan terhadap semua perkara.
Taoisme pernah menjadi agama rasmi negara China dalam abad ke – 7 hingga abad ke – 10 pada masa pemerintahan Dinasti Tang.
Satu anutan yang popular di kalangan masyarakat Cina ialah fahaman Confucianisme.
Pengasas ajaran ini ialah Kung Fu Tze (Confucius) yang dilahirkausia 72 tahun pada tahun 551 S.M


KAUM INDIA

Masyarakat India yg tiba ke Tanah Melayu turut membawa bersama agama dan budaya yg diamalkan dari India.
Agama yg paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu.

Ciri-ciri yg terkandung dalam di dalam agama Hindu.
a) Kepercayaan kepada banyak Tuhan
- agama Hindu berbentuk politestik, iaitu mempunyai banyak tuhan.
- antara tuhan tersebut ialah Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pelindung), dan Siva (Tuhan Pembinasa)
b) Konsep karma dan kelahiran semula
Masyarakat hindu  percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yg terdahulu.
Unsur yg menentukan kasta mana yg bakal diduduki selepas kelahiran semula ialah karma.
c) Kitab-kitab Veda
- Kitab veda ialah kitab yg menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Kitab2 ini mengandungi riwayat hidup, amalan2 politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya.


MASYARAKAT SARAWAK

Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak Laut), Orang Melayu dan Orang Melanau.
Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animisme sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa2 barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian.
Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam.
Bagi masyarakat Melanau mereka asalnya merupakan pagan (tidak mempunyai pegangan agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.

MASYARAKAT SABAH
Masyarakat Kadazan-Dusun, ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepercayaan animisme. Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian.
Di kawasan pendalaman, ramai yang masih tidak mempunyai pegangan agama. Bagi masyarakat Bajau, hampir semua daripada kalangan mereka beragama Islam.


KEBUDAYAAN DAN ADAT RESAM

Kaum Melayu

Bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu terdiri daripada kelompok bahasa Antronesia. Bahasa ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan geografi masing-masing.
Tiga kumpulan tersebut terdapat di Semenanjung dan Kepulauan Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar; kedua, Malenesia dan kepulauan sekitarnya ketiga, Polinesia dan kepulauan sekitarnya.
Bahasa yang digunakan oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu ialah tulisan  jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dua jenis adat yg menjadi amalan penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah Adat Perpatih dan Adat Temengung.
Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Adat ini menekankan konsep demokrasi dan muafakat.
Raja bukan berkuasa mutlak. Dalam adat ini juga, pewarisan harta pusaka diutamakan kepada anak perempuan.
Adat Temenggung menjadi amalan masyarakat Melayu seluruh Semenanjung, kecuali Negeri Sembilan.
Adat ini menekankan pemerintahan raja mutlak dan keutamaan kepada kaum lelaki. Adat ini juga turut mendapat pengaruh yg banyak dari agama Islam.
Perayaan – perayaan yg berbentuk keagamaan bagi orang Melayu ialah Aidilfitri, Aidiladha, Nuzul Qur’an, Maulidur Rasul dan Awal Muharram.


Kaum Cina

Pada peringkat awal penghijrahan, masyarakat Cina didapati mempunyai semangat kesukuan yg kuat.  Semangat kesukuan ini antara yang menyebabkan lahirnya aktiviti kongsi gelap di Tanah Melayu, terutamanya sebelum campur tangan politih British.
Kewujudan kumpulan kongsi gelap ini menyebabkan masalah pergaduhan sering terjadi. Kegiatan penagihan candu juga semakin ketara di kalangan pelombong.
Namun, budaya pendatang Cina ini terasing daripada budaya masyarakat Cina yang asal.
Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakan telah menggunakan pakaian yg moden bercirikan Barat.
Namun, pakaian tradisi golongan wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satunya ialah ‘samfoo’ yang terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar, pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Selain itu. ‘cheongsam’.
Makanan asas masyarakat Cina ialah nasi dan jenis masakan utama ialah masakan Kantonis, Hokkien dan Szechuen.
Perayaan kaum Cina ialah Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan.


Kaum India

Asasnya masyarakat Hindu di India terbahagi kepada hierarki sosial yang tertentu. Hierarki tersebut dipanggil sistem kasta.
Dalam sistem kasta, masyarakat Hindu di India dibahagikan kepada empat hierarki sosial, iaitu:
Brahmin – terdiri dari golongan bangsawan dan alim ulama. Golongan ini dikatakan menyamai taraf kepala pencipta
Ksyatria – terdiri dari golongan pahlawan dan dianggap menyamai taraf tangan pencipta.
Vaisya -  terdiri dari rakyat biasa yang kebanyakannya bekerja sebagai pedagang atau petukang dan tarafnya sama dengan paha pencipta
Sudra -  terdiri daripada golongan hamba abdi yang kedudukannya disamakan dengan kaki pencipta.
Masyarakat India juga mempunyai berbagai perayaan iaitu Deepavali, Thaipusam dan Thai Ponggal.
Pakaian tradisi kaum wanita ialah sari iaitu sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan di keliling badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus.
Pakaian tradisi kaum lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih. Kaum lelaki juga mengenakan vesti atau kurta iaitu pakaian putih untuk ke kuil atau perayaan tertentu.
Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi dan roti-roti seperti ‘chappati’, ‘paratta’ dan ‘puri’.


Masyarakat Sarawak

Masyarkat Iban tinggal di rumah panjang. Rumah ini didiami oleh beberapa buah keluarga. Rumah panjang terbahagi kepada beberapa buah bilik dan setiap bilik dihuni oleh sebuah keluarga yg biasanya keluarga asas.

Rumah panjang suku kelabit pula tidak ada bilik utk keluarga, cuma terdapat bilik yg memisahkan ruang sebelah luar dengan ruang sebelah malam.

1 comment:

  1. 12bet - Thakasino
    You are required to wager on 12bet. It is not only a 12bet good way for you to make smart bets, 더킹카지노 it also provides gioco digitale great bonuses, promotions and so much more.

    ReplyDelete